Friday, June 18, 2010

Prinsip 80/20

Prinsip ini ditemukan oleh Vilfredo Pareto seorang ahli ekonomi Itali. Kajian yang dilakukan oleh Pareto telah menemukan sesuatu yang menarik iaitu 80 peratus kekayaan di dunia ini dimiliki oleh 20 peratus populasi.

Apa yang menariknya adalah prinsip ini boleh digunakan di dalam kehidupan seharian kita sebagai contoh 80 peratus hasil adalah daripada 20 peratus usaha yang dilakukan. 80 peratus output adalah hasil daripada 20 peratus input.

Mungkin akan ada pihak yang beranggapan prinsip Pareto ini tidak masuk akal dan tidak dapat diterima pakai. Tetapi cuba fahami dahulu konsepnya dahulu, kalau dah faham barulah nilai prinsip tersebut.

Ada ketikanya kita akan berasa sangat produktif; handset di telinga, tangan memegang dokumen-dokumen yang perlu hantar dan berjalan ke sana ke mari. Rasa-rasanya pekerja ini patut diberi kenaikan gaji atau dinaik kan pangkatnya kerana tahap produktifnya. Namun, cerita sebenarnya adalah pekerja ini sedang bersembang dengan teman wanitanya tentang tempat makan malam ini dan dokumen-dokumen yang dibawanya itu pula saja dipegang untuk melihatkan dia sedang bekerja.

Perbuatan pekerja ini adalah aktif bukannya produktif. Ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada syarikat dan pekerja tersebut melainkan pekerja tersebut memang kaki bodek.

Being busy is a form of laziness, be selective and do less...
-kata dipetik daripada buku The 4-hour work week, Tim Ferris-

Terjemahannya adalah sibuk adalah satu bentuk kemalasan, pilih dan lakukan sedikit sahaja kerja. Maksud petikan adalah kita perlu mengagihkan sesuatu kerja mengikut prioriti. Kerana kita telah diterapkan dengan bekerja mengikut jam dan tidak bekerja mengikut prestasi kerja.

Mungkinkah satu hari nanti kita akan melihat agensi swasta atau kerajaan melaksanakan pembayaran gaji mengikut prestasi kerja.

Syarikat yang bakal aku tubuhkan:
-bekerja 4 jam sehari
-boleh bekerja dari rumah masing-masing
-meeting seminggu sekali, itu pun dekat taman
-dalam satu tahun, ada cuti tiga bulan

"Have more time, doing less.."


Wednesday, January 20, 2010

Pemimpin

Terdapat dua jenis pemimpin di dunia ini. Yang pertama adalah pemimpin yang disayangi tetapi dihormati, yang kedua adalah pemimpin yang digeruni dan dihormati. Jadi pilihlah yang mana sesuai dengan perwatakan anda jika anda menjadi seorang pemimpin kelak.