Monday, January 30, 2012

Bajet dengan sistem Balang (ubahsuai)

Pernah lakukan bajet tapi tidak pernahnya menjadi. Nak buat bajet susah lah sebab tak cukup duit...betul ke?

Beberapa tahun dahulu saya mencuba pelbagai cara untuk membuat bajet daripada mengguna pen dan kertas sampai la ke perisian kewangan dalam komputer. Tiada suatu pun yang berjaya dan sesuai dengan saya. Apa yang saya cari dalam membuat bajet adalah sistem yang MUDAH dan CEPAT.

Jadi saya terjumpa dengan sistem ini; Sistem JAR@balang. Asalnya ia memerlukan kita memasukkan duit ke dalam balang tapi saya ubahsuai dia dengan cara saya sendiri. Hanya guna pen dan kertas.

Setelah berapa bulan berjaya membuat bajet dengan pen dan kertas, saya pun ingin berkongsi dengan anda semua, templat excel bajet bulanan.

Dengan templat ini anda cuma masukkan jumlah gaji atau pendapatan anda dalam ruang kotak hitam yang pertama sahaja. Kotak hitam yang lainnya akan terisi secara otomatis mengikut peratusnya. Cuma anda perlu isi dalam ruang perbelanjaan itu sendiri kerana setiap orang berbeza bajet perbelanjaannya.


Ingin mengetahui lebih lanjut :
1. Link bagi sistem ini Sistem JAR
2. Ini memerlukan anda download LibreOffice (macam Microsft word tp PERCUMA dan terbuka)
3. Apa itu sistem JAR@balang? Intro JAR system

Templat adalah percuma dan sila share kepada siapa yang berminat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment